MEMBUAT KRAFTANGAN (RNTAI MANIK SARAWAK)
Nama : Jelinna Yuna Anak Jacob Umur : 20 Tahun Ahli : 13/11/2016 |
Latar belakang
Jelinna Yuna merupakan seorang pelajar kolej. Sambil mengisi masa lapang yang ada, dia membuat rantai manik Sarawak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ict, Jelinna Yuna tidak mahir menggunakan komputer. Malah, dia juga tidak tahu cara hendak mencari maklumat menggunakan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli, dia menghadiri kelas ict yang dijalankan di Pusat Internet. Setiap latihan yang diberi dapat dibuat tanpa bantuan petugas. Dia juga melihat youtube serta video membuat rantai manik secara kreatif. Melalui pembelajaran secara online, dia mendapat idea untuk membuat rantai manik.
MEMBUAT DAN MENJUAL BURGER
Nama : Magdlynna Avy Marjorie Anak Valentine Umur : 22 Tahun Ahli : 10 April 2018 |
Latar belakang
Magdlynna merupakan seorang pelajar lepasan sekolah.Sementara mencari pekerjaan yang lain, dia menjual burger sebagai pekerjaan sementara.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, dia tidak berapa mahir menggunakan komputer. Pengalaman dia sebagai seorang pelajar dahulu hanya mengajar dia menggunakan komputer secara asas sahaja dengan membuat kerja kursus dan mencari maklumat di internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas menjadi ahli Pusat Internet, dia mengikuti kelas serta latihan ict yang dijalankan di Pusat Internet. Daripada belajar asas komputer, dia sudah mahir menggunakan komputer dan membuat latihan yang diberi oleh petugas tanpa bantuan petugas. Selain itu, dia juga turut belajar mencari maklumat dan menngunakan email.
Nama : Emiliani Virgin anak Joseph
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Puan Emiliani merupakan seorang suri rumah. Beliau mempunyai dua orang anak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dalam Pusat Internet, dia tidak mahir menggunakan komputer. Hal ini kerana dia banyak meluangkan masa menjaga anak-anak dirumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menjadi ahli Pusat Internet, dia mahir menggunakan komputer. Setiap latihan yang diberi dibuat dengan betul dan cepat tanpa bantuan daripada petugas. Selain itu, dia juga dapat belajar melayari internet, melihat youtube dan sebagainya.
BELAJAR MENAIP DAN INTERNET
Nama : Jesline Ernie Anak Adie Umur : 10 Tahun Ahli : 17 Mei 2015 |
Latar belakang
Adik Jesline merupakan seorang pelajar tahun 4. Dia bersekolah di SK St Jude Bunan.
Sebelum penggunaaan ICT / penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, dia hanya datang ke PI dan melihat rakan-rakan lain menggunakan kompute. Dia juga tidak pandai menggunakan komputer dan melayari internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas menjadi ahli PI, dia terus mengikuti kelas serta latihan ict yang dijalankan di Pusat Internet. Pada mulanya, dia hanya menaip dengan perlahan dan selalu bertanya kepada petugas cara untuk menaip. Akan tetapi, setelah beberapa kali mengikuti latihan ict, dia sudah mahir menggunakan komputer dan mampu menaip serta membuat latihan yang diberi tanpa bantuan petugas.
Nama : Nicholas Anak Naga
Umur : 31 Tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
Encik Nicholas merupakan seorang peniaga satay secara sambilan. Beliau menjual satay pada hujung minggu. Dia juga menerima tempahan untuk majlis serta perayaan.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli, dia hanya menjual satay tanpa sebarang promosi.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Selepas menjadi ahli, dia mula pandai mempromosikan perniagaan satay beliau di laman social serta di dalam aplikasi dashboard yang diperkenalkan oleh PI.