Bangunan Tadika Kemas di Kampung Bunan Gega Ini terletak di tepi Balai Raya Babuk Barum. Tadika Kemas Kampung Bunan Gega ditubuhkan di bawah inisiatif bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk memberi pendidikan awal bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Bangunan baru ini mula diguna pada tahun 2019 dan menempatkan kawasan yang selesa untuk belajar berbanding dengan bangunan lama.
Sejarah penubuhan SK St. Jude Bunan bermula selepas tamat perang dunia kedua apabila mendiang Rev. Fr. Hulsbosch menyuruh bekas pelajar beliau iaitu mendiang Michael Linggong untuk menubuhkan sekolah di Kampung Bunan Mawang pada tahun 1947. Sehingga kini, seramai 256 orang murid belajar di sekolah tersebut. Majoriti murid-murid berbangsa Bidayuh, manakala kaum-kaum lain yang terdapat di sekolah tersebut ialah kaum Cina, Iban, Melayu dan lain-lain.Terdapat 19 orang tenaga pengajar mengajar di sekolah tersebut dan 4 orang merupakan staf sokongan. 8 buah kelas disediakan dalam sekolah ini, iaitu kelas untuk pra-sekolah, tahun 1-5, kelas tahun 6 dibahagikan kepada dua iaitu kelas 6A dan kelas 6B.Terdapat sebuah Tabika Kemas di Kampung Bunan Gega yang terletak di kawasan balai raya. Bilangan murid yang belajar di tabika ini ialah seramai 20 orang murid. Guru yang mengajar di tabika ini Pn. Benedict anak Bangek dan merupakan masyarakat sekitar Kampung Bunan. Beliau telah berkhidmat selama 7 tahun di kampung ini dan pembantu beliau ialah Pn. Celestine Connie anak John.
Tabika KEMAS Kg Bunan Gega
SK ST Jude Bunan