Homestay Kampung Mongkos

Kampung Mongkos terletak 48 km dari pusat bandar Serian dan kira-kira 6.5 km dari NADI Kg Bunan Gega. Homestay ini menawarkan peluang pengunjung untuk mengalami kehidupan masyarakat Bidayuh. Di Kampung Mongkos, terdapat rumah panjang tradisional yang masih dihuni oleh masyarakat bidayuh. 

Aktiviti yang ditawarkan ialah

Lawatan sehari termasuklah makan makanan eksotik pada tengah hari dan berjalan ke kebun lada, koko, kelapa sawit dan sawah padi.

Lawatan 2 hari 1 malam termasuk 3 kali makan dan tempat tinggal serta dengan berjalan ke ladang dan melawat rumah panjang dan berkelah di air terjun.

Lawatan 3 hari 2 malam termasuk 6 kali makan dan 3 kali minum petang serta penginapan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang belajar memasak makanan menggunakan buluh di air terjun, mendaki gunung dan lawatan ke legenda Bukit Batu Kapal Bugis dan terdapat juga banyak aktiviti yang dijalankan di sini.

Alamat Lokasi

Peti Surat 131, Kampung Mongkos, Jalan Mongkos, 94700 Serian Sarawak.

Waktu Beroperasi

Setiap hari

Gambar Kampung Mongkos

Sejarah dan penubuhan

Sistem ini dirasmikan pada 13 Jun 2016 dan sudah 13 tahun ditubuhkan. Sitem tagang ini dilaksakan oleh Jabatan Pertanian Daerah Serian. Sistem tagang ini ditubuh kerana suatu ketika dahulu hampir tiada ikan di Sungai Terbat, keran penangkapan ikan yang tidak terkawal. Hasilnya tercetus satu perkongsian pintar masyarakat kampung dengan Jabatan Pertanian Sarawak. Tujuan utama adalah untuk pemuliharaan sungai dan alam sekitar. Di samping itu juga, projek ini telah menjadi salah satu projek ekopelancongan di Kampung Terbat ini.

 

Aktiviti yang boleh dilakukan

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berkayak dan memberi ikan makan sambil mandi di sungai. Kayak boleh disewa dengan 1 jam RM 15, setengah hari RM 50, dan satu hati RM 100.

 

Tiket Masuk

Pelancong Tempatan                                                                  Pelancong Luar Negara

Kanak-kanak (6 Tahun ke bawah) - PERCUMA                          Kanak-kanak (17 Tahun ke bawah) - RM 4.00

Kanak-kanak (7 - 17 Tahun) - RM 2.00                                        Dewasa (18 Tahun ke atas) - RM 6.00

Dewasa (18 Tahun ke atas) - RM 3.00

 

Tempat mandi manda di Sungai Kg Bunan Gega

Di depan Pusat Internet Kg Bunan Gega merupakan salah satu kawasan perlancongan untuk mandi manda dan kawasan di belakang NADI juga turut digunakan untuk kawasan perkhemahan. Tidak ada yuran yang dikenakan kepada pengunjung dan terbuka kepada semua orang dan pengunjung haruslah menjaga kebersihan di kawasan sekitar selepas berkunjung.

Gambar Empangan Kg Bunan Gega