Kampung Bunan Gega terletak 48 km dari Bandar Serian, Sarawak. Kampung ini dibahagikan kepada enam zon, terdapat 306 buah rumah di dalam kampung tersebut dengan kepadatan penduduk seramai 1800 orang. Kampung rangkaian ialah Kampung Bunan Punok. Konsep susun atur kampung adalah berselarak atau berjajar.
Majoriti penduduk kampung berbangsa Bidayuh. Namun begitu, terdapat juga kaum lain seperti kaum Cina, Iban, Melayu, dan lain-lain. Pekerjaan masyarakat setempat majoritinya ialah pekerja swasta. Pekerjaan lain penduduk kampung ialah sebagai kakitangan kerajaan, usahawan dan petani. Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, sejumlah 48 orang penganggur terdapat di dalam kampung tersebut.
Kampung Bunan Gega di bawah kawasan Parlimen P199, Serian. Ahli Parlimen bagi kawasan ini ialah YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem. Manakala Ahli Dun N22 Kedup ialah YB Encik Maclaine Ben @ Martin Ben.