1. Encik Adin anak Mineh (elektronik)
Encik Adin anak Mineh merupakan usahawan kecil elektronik. Beliau merupakan abang kepada Encik Stephen anak Mineh yang merupakan usahawan kecil juga. Beliau lahir pada 12.12.1954 dan memulakan perniagaan ini sekitar tahun 1986. Pada mulanya, beliau hanya membaiki jam tangan sahaja. Beliau tidak menghadiri sebarang kursus yang berkaitan dengan barang elektronik dan enjin. Pendapatan bulanan beliau hasil daripada membaiki barang elektronik, enjin, dan sebagainya ialah sebanyak RM200-RM300. Pelanggan beliau pula sebanyak 5 orang pada setiap bulan. Namun begitu, orang luar daripada Kampung Bunan juga menghantar barang-barang mereka untuk dibaiki oleh beliau.
2. Encik Stephen anak Mineh (tukang besi)
Encik Stephen anak Mineh murupakan usahawan tukang besi yang dilahirkan pada 15.11.1957. Beliau mula menjalankan perniagaan ini bermula sekitar tahun 1974. Perniagaan ini diwarisi secara turun-temurun. Waris beliau bagi menyambung perniagaan ini ialah anak lelaki beliau yang keempat iaitu Encik Mark Halton anak Stephen.
Perniagaan beliau tidak hanya membuat parang dan mengasah parang sahaja. Beliau juga membuat tempahan mengikut corak yang dikehendaki oleh para pelanggan. Beliau mengenakan bayaran antara RM60-RM70 bergantung kepada corak yang dikehendaki oleh pelanggan. Pada bulan April sehingga Julai, beliau mendapat ratusan pesanan daripada para pelanggannya. Keuntungan bulanan bagi perniagaan beliau boleh mencecah sehingga RM400-RM500 sebulan. Seperti abang beliau, penduduk luar dari Kampung Bunan juga turut membuat tempahan daripada beliau.
Menurut beliau juga, terdapat bantuan daripada kerajaan dalam menjalankan perniagaan beliau iaitu dengan menggunakan kuasa elektrik bagi mempercepatkan lagi kerja beliau. Pihak RTM Sarawak juga pernah menemuramah beliau untuk mengetahui tentang perniagaannya.