Homestay Kampung Mongkos
Kampung Mongkos terletak 48 km dari pusat bandar Serian dan kira-kira 6.5 km dari NADI Kg Bunan Gega. Homestay ini menawarkan peluang pengunjung untuk mengalami kehidupan masyarakat Bidayuh. Di Kampung Mongkos, terdapat rumah panjang tradisional yang masih dihuni oleh masyarakat bidayuh.
Aktiviti yang ditawarkan ialah
Lawatan sehari termasuklah makan makanan eksotik pada tengah hari dan berjalan ke kebun lada, koko, kelapa sawit dan sawah padi.
Lawatan 2 hari 1 malam termasuk 3 kali makan dan tempat tinggal serta dengan berjalan ke ladang dan melawat rumah panjang dan berkelah di air terjun.
Lawatan 3 hari 2 malam termasuk 6 kali makan dan 3 kali minum petang serta penginapan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang belajar memasak makanan menggunakan buluh di air terjun, mendaki gunung dan lawatan ke legenda Bukit Batu Kapal Bugis dan terdapat juga banyak aktiviti yang dijalankan di sini.
Alamat Lokasi
Peti Surat 131, Kampung Mongkos, Jalan Mongkos, 94700 Serian Sarawak.
Waktu Beroperasi
Setiap hari
Gambar Kampung Mongkos