Nama : Natasha Maria Anak Nata Umur : 22 Tahun Ahli : 23/1/2019 |
Menjual kuih traditional dan menjual produk Fefet
Latar Belakang
Natasha merupakan golongan belia yang baru habis melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di UNITAR. Dengan mengisi masa lapang yang ada, dia mengambil tempahan membuat kuih tradisional seperti kuih sepit dan kuih jala. Selain itu, dia juga menjadi agen produk fefet dan menjual produk fefet untuk menambah pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dalam PI, Natasha hanya duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa dan kemahiran dalam komputer juga kurang.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menjadi ahli, Natasha belajar dan menambah ilmu pengetahuan tentang berniaga secara online iaitu menambah pendapatan dengan adanya online seperti menjual produk fefet dan mempromosi produk tersebut dalam talian.
Nama : Ezza Natalia Anak Boniface Chuchong Umur : 18 tahun Ahli : 21/11/2019 |
Pelajar Celik IT
Latar Belakang
Adik Ezza merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Dia bersekolah di SMK Tebakang. Adik Ezza merupakan seorang pelajar celik IT dan cepat mempelajari sesuatu.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dalam PI dan menjadi ahli PI, adik Ezza tidak mahir serta tidak tahu tentang komponen komputer serta cara menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas menjadi ahli PI, adik Ezza mengikuti kelas serta latihan ict yang dijalankan di PI. Pada mula-mulanya, adik Ezza masih kekok untuk menggunakan komputer dan dia masih perlahan membuat latihan yang diberi oleh petugas. Selepas mengikuti beberapa latihan dan kelas ict, adik Ezza menjadi pandai menggunakan komputer. Selain itu, setiap latihan yang diberi oleh petugas dapat dibuat dengan betul tanpa bantuan daripada petugas PI.
Nama : Betsy Lavinia Ak John Lee Umur : 18 tahun Ahli : 23/11/2019 |
Menjual produk kecantikan secara atas talian
Latar belakang
Betsy Lavinia merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Untuk mengisi masa lapang dan menjana pendapatan, dia menjual produk kecantikan secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Betsy hanya duduk di rumah tanpa membuat sebarang aktiviti.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan
Setelah menjadi ahli Pusat Internet, Betsy melibatkan diri dalam program yang dijalankan oleh PI seperti mengikuti latihan ICT dan sebagainya. Dengan adanya program yang dijalankan di Pusat Internet dapat membantu dia mengisi masa lapang yang ada secara berfaedah serta mempelajari ict yang dapat diaplikasikan pada masa akan datang.
Nama : Puan Josphina Sunti Umur : 32 tahun Ahli : 25/5/2018 |
Mengambil tempahan serta menjual nasi lemak
Latar belakang
Puan Josphina Sunti merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 3 orang anak. Dia mengambil tempahan serta menjual nasi lemak.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Puan Josphina hanya meluangkan masa beliau di rumah menjual nasi lemak pada hujung minggu.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah menjadi ahli Pusat Internet, Puan Jospina melibatkan diri dalam semua program yang dijalankan oleh PI. Dengan adanya program yang dijalankan di pusat Internet dapat membantu beliau mempromosi nasi lemak beliau melalui online dan media sosial secara tidak langsung dapat menjana pendapatan walaupun hanya sebagai seorang suri rumah.
Nama: Steffie Natalie AK Frankie Umur : 18 tahun Ahli : 27/11/2019 |
Pelajar Celik IT
Latar Belakang
Adik Steffie merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dalam PI dan menjadi ahli PI, adik steffie tidak mahir menggunakan komputer. Selain itu, dia tidak tahu bagaimana untuk mengisi masa terluang dengan berfaedah.
Selepas penggunaa ICT/penglibatan PI
Selepas menjadi ahli PI, adik Steffie mngikuti kelas serta latihan ict yang dijalankan di PI. Dia mengikuti beberapa latihan dan program yang dijalankan di PI. Selepas mengikuti latihanyang dihalankan di PI, adik steffie mahir menggunakan komputer dan melayari laman web kerajaan serta UPU untuk mengisi kemasukan ke IPTA serta meminta biasiswa. Selain itu, setiap latihan yang diberi 9leh petugas dapat dibuat dengan betul tanpa bantuan daripada petugas PI.