Nama : Puan Anita Ak Jurah

Umur  : 30 Tahun

Ahli     : 21/03/2018

 

Menjual barangan assesori ataupun keperluan wanita

 

Latar Belakang

Puan Anita merupakan seorang pekerja di sektor swasta. Untuk menambah pendapatan, dia menjual barangan keperluan wanita secara online.

 

Sebelum Penglibatan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg Bunan Gega, dia tidak aktif dalam media sosia. Malah dia hanya menjual produk dia hanya menggunakan Whatapp.

 

Selepas Penglibatan ICT / Penglibatan PI

Setelah menjadi ahli Pusat Internet, dia dapat mempromosikan barangan produk dia dengan lebih meluas sengan bantuan petugas Pusat Internet Kg Bunan Gega.

Nama : Puan Iti Segan

Umur  : 50 Tahun

Ahli     : 22/05/2015

 

Membuat pudding, roti dan barangan assessori tradisional

 

Latar Belakang

Puan Iti merupakan seorang suri rumah berbangsa iban dan berkahwin dengan seorang guru yang berasal dari kampung Bunan Gega.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, Puan Iti hanya meluangkan masa beliau di rumah menjaga cucu dan membuat kerja kebun.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah menjadi ahli Pusat Internet, Puan Iti melibatkan diri dalam semua program yang dijalankan oleh PI. Dengan adanya ilmu program yang dijalankan di Pusat Internet dapat membantu beliau mencari serta menambat ilmu dalam menghasilkan kraftangan beliau dan dapat menjana pendapatan walaupun hanya sebagai seorang suri rumah.

Nama : Puan Freslly Anak Standle

Umur  : 22 Tahun

Ahli     : 12/2/2016

 

Menjual barangan online seperti baju

 

Latar Belakang

Puan Freslly merupakan seorang suri rumah. Walau bagaimanapun, dia berniaga secara online mengisi masa lapang serta menambah pendapatan.

 

Sebelum penggunaan komputer / Penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam PI, Puan Freslly tidak mahir menggunakan komputer dan Puan Freslly hanya menjadi surirumah sepenuh masa.

 

Selepas penggunaan komputer / Penglibatan PI

Setelah menjadi ahli, Puan Freslly belajar dan menambah ilmu pengetahuan tentang berniaga secara online iaitu menambah pendapatan dengan adanya online seperti menjual baju secara online.

 

Nama : Jessica Evanolia Anak Jono

Umur  : 10 Tahun

Ahli     : 14/10/2018

 

Pelajar Celik ICT

 

Latar Belakang

Adik Jessica merupakan seorang pelajar di SK ST Jude Bunan. Dia merupakan salah seorang ahli Pusat Internet yang belajar ict di Pusat Internet Kg Bunan Gega.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam PI dan menjadi ahli PI, adik Jessica tidak mahir serta tidak tahu tentang komponen komputer serta cara menggunakan komputer.\

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI, adik Jessica mengikuti kelas serta latihan ict yang dijalakan di PI. Pada mula-mulanya, adik Jessica masih kekok untuk menggunakan komputer dan dia masih perlahan membuat latihan yang diberi oleh petugas. Selepas mengikuti beberapa latihan dan kelas ict, adik Jessica menjadi pandai menggunakan komputer malah dia juga sudah pandai melayari internet seperti melihat Youtube, membuat latihan e-pembelajaran dan sebagainya. Selain itu, setiap latihan yang diberi oleh petugas dapat dibuat dengan betul tanpa bantuan daripada petugas PI.

Nama : Farlyna Anak Janarius

Umur  : 8 Tahun

Ahli     : 14/10/2018

 

Pelajar Celik IT

 

Latar Belakang

Adik Farlyna merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Dia bersekolah di sekolah SK ST Jude Bunan Gega.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam PI dan menjadi ahli PI, adik Farlyna tidak mahir serta tidak tahu tentang komponen komputer serta cara menggunakan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI, adik Farlyna mengikuti kelas serta latihan ict yang dijalankan di PI. Pada mula-mulanya adik Farlyna masih kekok untuk menggunakan komputer dan dia masih perlahan membuat latihan yang diberi oleh petugas. Selepas mengikuti beberapa latihan dan kelas ict, adik Farlyna menjadi pandai menggunakan komputer malah dia juga sudah pandai melayari internet seperti melihat youtube, membuat latihan e-pembelajaran dan sebagainya.