Nama: Puan Cecilia ak Benedict Nche

Umur: 36 Tahun

Pekerjaan: Suri Rumah

Tahun menjadi ahli: 20/2/2019

 

Membuat rantai manik tradisional dan pakaian tradisional

 

Latar belakang

Puan Cecilia merupakan seorang suri rumah dan petani. Beliau mempunyai tiga orang anak.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelumk menjadi ahli pusat internet kg bunan gega, puan cecilia hanya membuat kfattangan di rumah berdasarkan ilmu yang diajar oleh nenek beliau dahulu.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Setelah menjadi ahli pusat internet, beliau melibatkan diri dalam semua program yang dijalankan oleh PI. Dengan adanya program yang dijalankan di Pusat Internet dapat membantu beliau mencari serta menambah ilmu yang diperlukan dalam menghasilkan kraftangan seperti manik dan baju tradisional. Selain itu, dapat membantu menambah pendapatan beliau.

 

usahawan

 

Nama : Maria Natasha anak Nata

Umur  : 24 Tahun

Ahli     : 16/01/2019

 

Membuat rekaan kad jemputan

 

Latar Belakang

Maria Natasha merupakan seorang pelajar lepasa universiti. Dia merupakan graduasi bidang pendidikan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli pusat internet, saya hanya meluangkan masa di rumah memandangkan saya sudah habis belajar. Kemahiran komputer saya juga kurang.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menjadi ahli pusat internet, saya menyertai kelas ict yang dijalankan di Pusat Internet. Dalam latihan ict yang saya pelajari, saya dapat belajar tentang software dan meningkatkan kemahiran komputer saya.

Nama : Margeretta Betty Anak Sujar

Umur  : 18 Tahun

Ahli     : 10/01/2019

 

Pelajar Celik IT

 

Latar Belakang

Margeretta Betty merupakan seorang pelajar lepasan sekolah. Dia kini menyambung pelajarannya ke Tingkatan Enam di SMK Taee.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam PI, serta menghadiri kelas yang dijalankan di PI Kg Bunan Gega, saya tidak mahir menggunakan komputer. Malah saya belum mengetahui lebih lanjut lagi tentang penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengikuti latihan ict di PI, Margeretta Betty pandai menggunakan komputer, menaip latihan yang diberi serta pandai menggunakan internet untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Selain itu, dia juga menggunakan komputer untuk mengisi jawatan kosong kerjaan dan mengisi UPU.

 

Nama : Puan Dolly

Umur  : 31 Tahun

Ahli     : 14 Oktober 2018

 

Membuat Kek dan Bun

 

Latar Belakang

Puan Dolly merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mengambil tempahan membuat kek dan membuat bun.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat internet Kg Bunan Gega, saya susah hendak membuat perniagaan kek saya. Hal ini kerana saya tiada tempat untuk mencari maklumat dan mencari ilmu berkaitan pembuatan kek secara online.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menjadi ahli, saya belajar dan menambah ilmu pengetahuan saya tentang pembuatan keke dan bun dengan melihat tutorial secara online melalui youtube dan search gambar menggunakan google.

Nama : Istarika Anak John Lee

Umur  : 19 Tahun

Ahli     : 3/12/2015

 

Menjual barang online dan menjadi dropship produk Nurraysa.

 

Latar Belakang

Adik Istarika merupakan seorang belia. Beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet, dia hanya duduk di rumah sahaja dan membantu ibunya menjaga kedai. Dia juga hanya tahu asas penggunaan komputer sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI 

Selepas menjadi ahli Pusat Internet, dia juga mengikuti kelas serta latihan ict yang dijalankan di Pusat Internet. Daripada belajar asas komputer, dia sudah mahir menggunakan komputer dan membuat latihan yang diberi oleh petugas tanpa bantuan petugas. Selain itu, dia juga turut belajar mencari maklumat dan menggunakan email.