Nama : Florence Annie Anak Stanley David
Umur : 18 Tahun
Ahli : 2018
Latar Belakang
Adik Florence merupakan seorang pelajar lepasan sekolah. Dia bersekolah di SMK Tebakang.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dalam PI, dia merupakan seorang yang lemah dalam ict dan komputer. Oleh yang demikian, dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli dan mengikuti kelas serta latihan ict yang dijalankan di PI.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Selepas mengikuti latihan serta kelas yang dijalankan di dalam PI, dia mula mengetahui cara untuk melayari internet serta menggunakan komputer. Selepas itu dia mula menggunakan internet untuk mengisi segala kekosongan jawatan kosong dalam kerajaan mahupun swasta serta mengisi UPU untuk menyambung pengajian.
Nama : Istarika anak John Lee
Umur : 18 tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Istarika merupakan seorang belia yang mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Kg Bunan Gega. Dia membuat serta menjual pelbagai jenis kuih muih di kedai keluaga mereka sendiri.
Sebelum penggunaan ict/penglibatan PI
Sebelum penggunaan ict, adik Istarika cuma pandai serta mahir menggunakan telefon sahaja.
Selepas penggunaan ict/penglibatan PI
Selepas menjadi ahli Pusat Internet, adik Istarika belajar menggunakan komputer serta belajar ict. Dengan bantuan petugas, dia kini sudah mahir menggunakan komputer.
Nama : Elvy Mourine Ak Marasang
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2015
Latar Belakang
Elvy Mourine merupakan seorang belia. Dia membuat beg daripada getah sambil mengisi masa lapang yang ada sementara menunggu peluang pekerjaan yang lain.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum mengenali Pusat Internet, dia hanya meluangkan masa di rumahdan tidak mahir menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Setelah mengetahui pusat internet ada menyediakan perkhidmatan kelas ict, dia terus mendaftar sebagai ahli dan mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Internet. Selepas penggunaan ict, dia mampu menggunakan komputet dengan baik.
Nama : Andrean Andy
Umur : 11 tahun
Ahli : 2014
Latar belakang
Adik Andrean Andy merupakan seorang pelajar tahun 5. Dia bersekolah di sekolah SK St Jude Bunan.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ict yang diadakan di Pusat Internet, dia tidak tahu macam mana nak menggunakan komputer dan melayari internet.
Selepas penggunaan ict/penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas ict yang dijalankan di Pusat Internet, dia mula belajar menggunakan komputer, belajar menaip dan seterusnya melayari internet. Selain itu, adik Andrean Andy mampu membuat latihan yang diberi oleh petugad tanpa bantuan daripada petugas.
NAMA : JELISKA ANAK JANARIUS A-EN
UMUR : 8 TAHUN
AHLI : 2017
LATAR BELAKANG
Adik Jeliska merupakan seorang pelajar tahun 2. Dia bersekolah di SK ST Jude Bunan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas ict yang diadakan di Pusat Internet, dia tidak tahu macam mana nak menggunakan komputer dan melayari internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas menghadiri kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet, dia mula belajar menggunakan komputer, belajar menaip dan seterusnya melayari internet. Selepas diajar oleh petugas, adik Jeliska sudah mula menaip dengan pantas dan membuat tugasan yang diberikan oleh petugas dengan baik.