Nama : Cornelia Serrie Anak Roderic

Umur  : 29 Tahun

Ahli     : 16/01/2019

 

Menjual Kuih-muih, keropok lekor dan barangan online

 

Latar Belakang

Puan Cornelia Serrie merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 3 orang anak.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kg Bunan Gega, beliau hanya duduk di rumah dan menjaga anak. Sambil itu, beliau menjual kuih setiap pagi. Pengetahuan dalam ict juga kurang.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menjadi ahli, dia menghadiri kelas ict yang dijalankan di Pusat Internet. Setiap latihan yang diberi dapat dibuat tanpa bantuan petugas. Dia juga melihat Youtube serta video membuat kuih muih. Melalui pembelajaran secara online, dia juga dapat mempromosi serta menjual barang secara online melalui Whatapp dan Google.

Nama : Easther Mayli

Umur  : 10 Tahun

Ahli     : 21/08/2018

 

Latar Belakang

Adik Easther Mayli merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Dia bersekolah di Sekolah St. Jude Bunan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli dan mengikuti latihan ict, dia tidak pandai menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas mengetahui ada perkhidmatan belajar kelas ICT di Pusat Internet Kg Bunan Gega, dia terus mendaftar menjadi ahli dan mengikuti latihan ict yang disediakan. Saya juga turut terlibat di dalam setiap aktiviti serta program yang dijalankan di dalam Pusat Internet Kg Bunan Gega.

Membuat burger, air ais batu campur dan top up

Nama : Suzy Dora Anak Leo

Umur  : 38 Tahun

Ahli     : 25/9/2014

 

Latar Belakang

Puan Suzy Dora merupakan seorang pembantu di sekolah Taska Warisan Bidayuh. Beliau membuat burger, air ais batu campur dan menjual top up di depan rumahnya sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam Pusat Internet, beliau tidak mahir menggunakan komputer dan hanya menjalankan perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet, beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet. Selain itu juga, beliau menggunakan internet sebagai medan untuk beliau mempromosikan perniagaan beliau.

 

Membuat gubahan bunga

Nama : Ferentini anak Silvester 

Umur  : 18 Tahun

Ahli     : 11/2/2016

 

Latar Belakang

Adik Ferentini merupakan seorang pelajar lepasan sekolah. Sambil meluangkan masa yang ada di rumah, dia membuat gubahan bunga untuk majlis konvokesyen atau sesiapa sahaja membuat tempahan bunga.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam PI, dia tidak mahir menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menjadi ahli PI, dia menggunakan komputer. Setiap latihan yang diberi dibuat dengan betul dan cepat tanpa bantuan daripada petugas. Selain itu, dia juga dapat belajar melayari internet, melihat youtube dan sebagainya. Dia juga turut belajar membuat gubahan bunga dengan melihat tutorial daripada youtube.

Nama : Flora Felicia anak Lavern

Umur  : 12 Tahun

Ahli     : 23/05/2015

 

Latar belakang

Adik Flora merupakan seorang pelajar sekolah rendah. Dia merupakan pelajar sekolah SK St Jude Bunan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli, saya hanya tahu asas menaip dan menggunakan ict. Setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan yang telah belajar ict di Pusat Internet Kg Bunan Gega, saya terus menjadi ahli dan belajar ict daripada petugas.

 

Selepas penggunaa ICT / penglibatan PI

Selepas mengetahui ada latihan ict disediakan, saya terus menjadi ahli dan menjalani latihan ict yang dijalankan di Pusat Internet Kg Bunan Gega. Pada mula-mula menggunakan komputer, saya kurang mahir menggunakan komputer. Setelah belajar daripada petugas, saya terus mahir menggunakan komputer. Setiap latihan yang diberi oleh petugas dapat dibuat tanpa bantuan petugas.