MEMBUAT KRAFTANGAN (RNTAI MANIK SARAWAK)

Nama : Jelinna Yuna Anak Jacob

Umur  : 20 Tahun

Ahli     : 13/11/2016

 

Latar belakang

Jelinna Yuna merupakan seorang pelajar kolej. Sambil mengisi masa lapang yang ada, dia membuat rantai manik Sarawak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ict, Jelinna Yuna tidak mahir menggunakan komputer. Malah, dia juga tidak tahu cara hendak mencari maklumat menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli, dia menghadiri kelas ict yang dijalankan di Pusat Internet. Setiap latihan yang diberi dapat dibuat tanpa bantuan petugas. Dia juga melihat youtube serta video membuat rantai manik secara kreatif. Melalui pembelajaran secara online, dia mendapat idea untuk membuat rantai manik.