Kelas ICT Belia ini dihadiri oleh para belia lepasan SPM dan belajar Microsoft Office sementara menunggu panggilan kerja dan menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Kelas ICT Belia diadakan pada sebelah pagi di Pusat Internet 1Malaysia Kg Bunan Gega.
Kelas Aplikasi Dashboard diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Bunan Gega dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu memaparkan maklumat ke dalam Dashboard Komuniti, muat turun aplikasi dashboard di dalam telefon bimbit dan post gambar hasil usahawan tempatan ke dalam dashboard untuk dilihat oleh komuniti tempatan.
Gambar semasa Refresh Training Manager di Kuching untuk memberi pendedahan lebih lanjut mengenai Dashboar Komuniti dan membincangkan tentang isu-isu berbangkit yang lain.
Kursus Train The Trainer yang diadakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia untuk perancangan dan maklumbalas pelaksanaan program jangkauan advokasi di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) TAHUN 2016 dan perancangan dan kaedah pelaksanaan program jangkauan advokasi di PI1M pada tahun 2017. Terdapat pelbagai modul yang dibincangkan termasuklah pelaksanaan Malaysia ICT Volunteer di PI1M, pelaksanaan Mobile e-Waste dan Check Your Label, modul hak, tanggungjawab dan undang-undang, modul penyebaran maklumat palsu, modul online grooming, modul pengawasan ibubapa di internet dan parental control tools.
Program Literasi ICT 2017 diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Bunan Gega dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Klik Dengan Bijak, pengenalan asas video (skrip ke skrin) dan bengkel video pendek menggunakan movie maker, Adobe Illustrator dan aplikasi Dashboard.